Allah Maha Mengetahui, menarik balik jemputan nik aziz ke Mekah 0 komen
Bagi pandangan pemuda kelantan, didalam melaksanakan ibadath haji, kebiasaan darisegi akalnya, seseorang yang telah mendapat jemputan Allah sahaja yang akan dapat menyempurnakan ibadath tersebut. Walaupun ramai dikalangan kita umat islam yang berlumba-lumba ingin menunaikan ibadath haji, lebih-lebih dengan system kuota yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi, namun bukan semua yang berkemampuan dan telah memenuhi criteria layak untuk datang dan bertamu kerumah Allah. Semua alim ulamak tahu dan sedar bahawa yang datang ke rumah Allah yakni kemekah adalah insan yang telah mendapat jemputan Allah. Disamping ada juga yang duduk dan tinggal disekeliling tanah arab yang belum tentu dapat untuk menunaikan ibadath haji pada setiap tahun malahan walaupun kesana ada juga yang mempunyai masalah untuk menyempurnakan lebih-lebih lagi dengan masalah kesihatan dan perjalanan.
Bagi pemuda kelantan, dalam kes Nik Aziz ini, pembatalan beliau ke Mekah adalah berkait rapat dengan soal penarikan balik jemputan Allah terhadap beliau. Dalam hal ini, Allah Maha Mengetahui akan keadaan yang sebenar yang berlaku lebih-lebih lagi penajaan beliau untuk menunaikan ibadath tersebut adalah merupakan dari sumber yang diragui kehalalannya. Mungkin juga dari sumber yang dianggap berkepentingan lebih-lebih beliau adalah merupakan Menteri Besar kelantan.
Oleh yang demikian, pemuda kelantan menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan usrah YAB Nik Aziz pada hari jumaat yang lalu di dataran ilmu kota bharu, yang mengatakan bahawa ada segelintir manusia yang dianggap beliau sebagai Quraish Malaysia menghalang perjalanan beliau ketanah suci. Lagi pun bagi pemuda, perbandingan yang dibuat dizaman rasullulllah adalah tidak tepat digunakan diatas penghalangan ini, kerana beliau sendiri yang membatalkan niatnya disamping Allah sudah menarik balik jemputan tersebut.
Laporan Polis Terhadap Nik Aziz 0 komen
Pergerakan pemuda UMNO Negeri kelantan hari ini jam 10pagi pada tarikh 25hb Jun 2009 membuat laporan polis berkenaan dengan apa yang telah diperkatakan dan diucapkan oleh YAB NIk Abdul Aziz NIk Mat Menteri Besar kelantan didalam ceramah beliau pada 21hb Jun jam 10mlm di Padang Majlis Daerah Laloh yang terang-terangan menyamakan perjuangan parti UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, dan juga telah menyamakan UMNO sebagai Komunis dan chin Peng. Selain daripada menyamakan UMNO dengan ideology parti sosialis yang menolak agama dan prinsip ketuhanan.
Pemuda telah mendapat bukti yang jelas didalam akhbar The News Straits Times bertarikh 23hb jun 2009 dan Didalam Media Kelantan TV yang merakamkan dengan jelas ucapan dan ceramah yang telah dibuat disamping beberapa media cetak lain yang mengulas tentang ceramah tersebut.
Pemuda melihat tuduhan ini sebagai satu tuduhan yang tidak berasas dan mengenepikan sejarah dan perlembagaan Negara kerana sekiranya disamakan UMNO dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh UMNO sejak penubuhannya, sekiranya kita UMNO disamakan dengan Ajaran Sesat Ayah Pin, Berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh UMNO sepanjang 64 tahun penglibatan UMNO dalam Politik Negara, sekiranya kita disamakan juga dengan Parti Sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin UMNO lah yang banyak membawa perubahan kepada orang melayu dan islam didalam Negara ini.
Bagi pergerakan pemuda UMNO negeri kelantan, selepas ceramah yang telah dibuat oleh NiK Aziz dan Pemimpin PKR Anwar IBrahim, sudah wujud ketegangan dan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat diseluruh negeri, dan Nik Aziz ternyata telah menimbulkan satu perasaan menghasut yang diluar ruang lingkup biasa penceramah dan ceramah. Pemuda Percaya tindakan ini telah ,mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa yang meluat-luat dan teramat membara dikalangan ahli umno dan rakyat dari seluruh pelusok negeri dan mohon pihak polis mengambil tindakan sesuai dibawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dibawah undang-undang pencegahan yang boleh menyebabkan huru hara dan mencetuskan persengketaan dan fahaman perkauman.
Pemuda Tolak Provokasi PAS Di Manek Urai 0 komen
Pemuda Kelantan Cadang Pas Keluar dari Pakatan Rakyat 0 komen
PEMUDA UMNO KELANTAN MENGAJAK PEMUDA PAS KELANTAN MULAKAN LANGKAH AWAL PERPADUAN 0 komen
PEMUDA KELANTAN DESAK SPRM SIASAT KEWUDUAN POLITIK WANG DALAM PEMILIHAN PAS 0 komen
Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku, dan sekiranya UMNO sentiasa berusaha untuk menangani gejala ini, maka janganlah Pimpinan Pas yang diihat cuba memomokkan isu juga terlibat : diibaratkan , kata dulang paku serpih”
The Star: Live Up To Your Words, Anuar Tells Nik Aziz 0 komen
Jawatankuasa Kira Undi KP dan NKP Pemuda UMNO Harus Tampil Beri Penjelasan 0 komen
Saya ingin merujuk kenyataan saya didalam akhbar Utusan

Saya banyak terdengar pandangan serong masyarakat tentang proses pengiraan yang dilakukan yang bermula dari jam 3ptg sehingga berlarutan pada jam 10.30 malam.
Bagi saya, demi untuk menjaga kredibiliti perjuangan pemuda UMNO yang mempunyai keahlian seramai 700,000 orang, pihak yang berkenaan harus tampil dengan langkah berani untuk menjelaskan dengan sejelasnya-jelasnya tentang apa yang berlaku supaya ianya tidak dipandang serong oleh masyarakat dan demi menjaga ketertiban amalan demokrasi yang selama ini didokongi oleh majoriti rakyat dan ahli UMNO itu sendiri.
PPSMI - Dewan Bahasa Punyai Peranan Besar 0 komen
Saya merujuk kepada keratan akhbar dalam sinar harian edisi Kelantan bertarikh 8hb Mac 2009, bahawa pemuda UMNO kubang Kerian mendesak kerajaan supaya hapuskan perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Pada hemat saya, apa yang berlaku dalam sehari dua ini dalam kekalutan yang amat sangat berkenaan dengan kajian demi kajian yang telah dibuat oleh kementerian pelajaran terhadap perlaksanaan PPSMI disekolah-sekolah seluruh negara. kita sedar tentang apa kehendak dan kemahuan kerajaan didalam perlaksanaan PPSMI tersebut, ianya tidak lain dan tidak bukan mahu meningkatkan ilmu dan penguasaan pelajar di dalam bahasa inggeris di samping memahami kehendak kementerian supaya penguasaan ini dapat dibuat didalam masa yang singkat.
Dalam masa yang sama kita harus sedar, bahawa ramai guru-guru di kelantan lebih-lebih lagi di luar bandar yang saban hari merungut dengan kepayahan mereka untuk mengajar pelajar bagi mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris ini. Saya terpanggil untuk membicarakan soal ini kerana sekiranya kita ingin mempastikan PPSMI tersebut dilaksanakan dengan jayanya, kita hendaklah terlebih dahulu mempersiapkan guru-guru kita supaya merekalah yang terlebih dahulu mahir dalam bahasa inggeris. Sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran yang susah ini tidak menjadi lebih rumit.
Asas dan perkara pokok ini sekiranya tidak dilaksanakan akan menyebabkan kekacauan dalam sistem pendidikan negara. Tidak hairanlah ramai yang menentang perlaksanaan ini termasuk guru-guru yang terlibat semasa bantahan PPSMI oleh
Bagi saya, kita melihat contoh negara maju Jepun dan China , sejak dari dulu sampai sekarang mereka tidak melupakan bahasa ibunda mereka dalam setiap pengajaran mata pelajaran, lebih-lebih lagi dasar tertutup yang mereka amalkan, tetapi mereka sedar bahawa bahasa inggeris adalah bahasa maju yang wajib dipelajari ilmunya dengan mencedok isi dan ilmu didalam setiap penerbitan yang dikeluarkan dalam bahasa inggeris.
Sebab itulah, apabila setiap kali judul tersohor dikeluarkan didalam bahasa inggeris, kerajaan mereka dibawah agensi bahasa masing-masing akan mempastikan untuk mangalih bahasa judul tersebut tidak kurang dari 2 minggu selepas ianya diterbitkan. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar sekolah atau rakyat mereka akan mudah memperolehi ilmu yang didapati dalam buku atau judul terbabit dengan cepat tanpa mempelajari bahasa inggeris terlebih dahulu.
Didalam negara kita, kita mempunyai Dewan Bahasa dan Pustaka yang tugasnya ialah menerbit buku-buku ilmiah karya dalaman negara, disamping menjaga bahasa dan dasar bahasa kebangsaan. Tetapi usaha untuk membuat penterjemahan secara berkala atau secara tetap judul-judul tersohor haruslah dibuat dengan bersungguh-sungguh agar segala ilmu yang ada dalam terbitan bahasa inggeris akan dapat dimanfaatkan dengan jayanya.
Dewan Bahasa dan Pustaka haruslah diperkasakan oleh kerajaan dengan memperuntokan sejumlah wang yang besar disamping berusaha untuk melahirkan penterjemah-penterjemah yang berkaliber supaya segala permasalahan trasformasi ilmu ini akan dibuat dengan mudah dan tersusun.
Anuar Safian Calon Exco Pemuda No 13 0 komen
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh bahagian dalam pergerakan pemuda UMNO yang telah mencalonkan saya sehingga saya berada ditempat yang ke 16 didalam susunan pencalonan tertinggi untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia daripada 65 orang yang menghantar borang penerimaan pencalonan dan daripada seramai 200 orang yang layak bertanding diseluruh negara.
InsyaAllah segala peranan dan suara yang akan diamanahkan oleh perwakilan kepada saya nanti akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi kedudukan dan kesinambungan perjuangan parti kita.
Saya berazam akan mempastikan segala gerak kerja yang akan dipikul sekiranya diberi peluang untuk memikul amanah yang besar tersebut akan memberikan sedikit sebanyak harapan generasi muda melayu dan bumiputra kearah kemantapan sokongan mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional lebih-lebih lagi untuk kita menghadapkan diri kita kepada pilihanraya yang ke 13 yang akan datang.
Walaupun datang daripada negeri yang tewas dalam pilihanraya sejak 1990, dengan berpaksikan kepada pengalaman sebagai calon dalam pilihanraya yang lalu, saya tetap bertekad dan berazam untuk mempastikan negeri saya kembali ke tangan UMNO dan Barisan Nasional disamping membantu rakan-rakan dinegeri-negeri yang lain untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kekuatan parti kita yang sama-sama kita dokongi.
Harapan semuga Calon No 13 akan menjadi pilihan saudara dan semuga harapan tersebut akan dapat digarap secara bersama pada 25hb Mac ini. wassalam.







